Sulit
3 tahun
Sakit celah kangkang
Assalamualaikum… Saya AMIRA umur 20tahun…saya nak tanya… Apa masalah saya di celah kangkang… Bila bersentuh ja kulit luar tekan tu rasa sakit… Tak sentuh oky saja… Bole saya tahu apa masalahnya…
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi iaitu sakit di celah kangkang apabila ditekan kulitnya. Sakit yang anda alami akan hilang sekiranya anda tidak lagi sentuh pada kawasan celah kangkang. Kami tidak boleh membuat apa apa rumusan daripada maklumat terhad yang anda berikan kerana maklumat yang anda berikan terlalu sedikit.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini ialah keterangan am tentang gejala yang anda hadapi. Terima kasih.