
Anonymous
2 tahun
Sakit Celah Kelengkang (Peha)
Asalam & Salam Sejahtera Doktor…Saya Nak Tanya Tentang Sakit Celah Kelengkang Sakit Tu Mencucuk Cucuk,Nak Bangun Dari Buang Air Pun Terasa Sakit ,Adakah Ia Salah Satu Tanda² Hamil…Sebab Saya Belum Buat Checkup Lagi…Terima Kasih Sudi Jawab

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Sakit di celah kelengkang boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Jangkitan saluran kencing
- Penyakit Radang Pelvis
- Fibroid
- Endometriosis
Untuk mengetahui jika anda hamil ataupun tidak, ujian kehamilan perlu dilakukan. Manakala punca sebenar kesakitan yang cik/puan alami hanya boleh diketahui jika maklumat tambahan diperolehi serta ujian dijalankan. Cik/puan boleh klik di (DoctorOnCall) untuk memberikan info secara privasi. Sekian.