Sulit
4 tahun
Sakit dad ketika waktu malam
Saya wani berumur 21 tahun. Saya mengalami sakit dada hingga ke tulang hanya ketika waktu malam. Keadaan akan memburuk ketika saya lewat tidur ataupun terjaga di tengah malam. Sakitnya seperti ditekan senhingga sukar untuk bernafas dan perut akan kembung angin berselang sakit dada sehingga saya terpaksa berjaga sehingga keadaan reda sedikit. Walaupun begitu sakit tetap ada sebelum hendak sambubg semula tidur… Keadaan ini menyukarkan saya untuk melelapkan mata dan hanya mampu tidur selama 3-4 jam sehari sahaja untuk tidur. Tak tahu kenapa sewaktu bangun pagi sakit akan hilang seperti tak jadi apa-apa namun bila waktunya hendak tidur malam sakit akan muncul semula. Lebih tepat jam 11.00pm - 11.30pm ianya akan muncul semula seperti malam sebelumnya…
Terima kasih…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai/Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami/atas soalan yang diajukan
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Serangan asma
- Jangkitan paru-paru
- Masalah jantung
- Refluks asid atau GERD
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Perkara ini memerlukan perhatian anda dan anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor segera disebabkan ia mengganggu tidur anda dan menyebabkan anda sukar bernafas. Kami bimbang ia disebabkan oleh masalah yang serius. Pemeriksaan lanjut perlulah dibuat supaya puncanya diketahui dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami di atas talian. Terima kasih.


































