
Sulit
4 tahun
Sakit dada bahagian atas kiri
Hi doktor…Saya wanita 25 tahun yg menyusukan anak. Saya kerap rasa sakit dada bahagian atas dada kiri…beberapa hari lepas saya memang ada jatuh motosikal…cuma luka ringan saja…saya pembonceng di belakang…saya jatuh disebabkan oleh kain yg saya pakai terselit pada rantai motor…kelajuan motorsikal waktu tu dalam 20 ke 30 km/jam sahaja…saya jatuh ke arah kiri ( cedera muka kiri, kepala kiri belakang, bahu kiri, lutut kiri,hujung ibu jari kiri ) saya ade juga mendapatkan rawatan setelah itu…cuma, selepas saya jatuh…saya tiada rasa sakit di dada ni…sakit ni mulai muncul selepas 2-3 hari dari hari kejadian…
Rasa sakit yg nyeri sampai belakang bahu kiri apabila saya menggunakan anggota belah atas kiri saya
Mohon pencerahan ya docter

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sakit dada yang anda hadapi. Untuk makluman anda, sakit dada boleh disebabkan oleh pelbagai penyebab kondisi kesihatan, antaranya ialah:
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk - trauma akibat terjatuh
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Untuk mengetahui punca sebenar masalah ini, maklumat dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor sekiranya:
- gejala berlarutan
- gejala semakin memberat
- kesukaran bernafas
- mual muntah
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan kesimpulan yang tepat memerlukan maklumat serta pemeriksaan lanjutan.Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi