
Sulit
4 tahun
Sakit dada datang secara tiba tiba
salam sejahtera,encik / cik / puan. Saya sakit dada Kat bahagian tengah2 dada. Saya akan rasa sakit apabila saya menyapu lantai ataupun bila hendak tidur secara mengiring. Saya dah pergi jumpa Dr. Dr bagi ubat penahan sakit . result ECG normal . Lepas saya makan ubat penahan sakit , bahagian dada saya sebelah Kanan pulak rasa sakit secara berterusan. Perlu Tak Saya consume ubat penahan sakit tu sampai habis atau Saya perlu jumpa Dr ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan anda kepada kami.
Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah sakit dada boleh disebabkan oleh beberapa faktor:
- Pedih ulu hati (GERD) disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Radang otot atau tulang di bahagian dada (costochondritis)
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Kekurangan sel darah merah (anemia)
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Anda dinasihatkan untuk:
- Elakkan merokok
- Pengambilan alkohol
- Mengamalkan pemakanan yang sihat
- Lakukan senaman selama 30 minit untuk 5 hari dalam seminggu
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Jika anda mengalami gejala sedemikian, sila berjumpa dengan doktor dengan kadar segera:
- Kesukaran bernafas
- Tidak dapat melakukan aktiviti harian
- Tidur anda terganggu
- Berdebar
- Perasaan hendak pitam
Terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall. Jika anda masih mempunyai pertanyaan tentang keadaan anda, sila hubungi doktor kami di DoctorOnCall untuk konsultasi di atas talian.