
Sulit
3 tahun
Sakit dada di bwh payu dara
Saya wanita berusia 31 tahun. Sejak kebelakangan nie saya sakit dada di bhgn tengah dan sakit di bawah payu dara kiri dan kanan. Tapi tiada sesak nafas . Hanya sakit sekejap2 sahaja. Saya sidah cek oxygen sume ok. Saya dtg haid baru2 nie. Apakah penyebab nya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan soalan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah sakit dada anda. Saya akan cuba untuk membantu.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah sakit dada. Antaranya adalah:
- GERD
- Gastroenteritis
- Peptic ulcer
- Gastritis
- Penggunaan ubat-ubatan tertentu
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.