
sharifahummi243
5 tahun
Sakit dada di sebelah kanan apabila menarik nafas
Saya gadis berusia 18 , saya sering mengalami sakit dada sebelah kanan apabila menarik nafas , dan kadang kadang jantung saya akan berdegup dengan cepat dan saya sering mengalami sesak nafas

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi oleh anda. Saya mendapati pihak anda mengalami masalah sakit dada, degupan jantung laju dan juga sesak nafas. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Anemia (kekurangan darah merah)
Masalah tiroid
Serangan panik
Namun begitu, ini hanyalah jawapan am bagi soalan yang diajukan. Maklumat lanjut mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan sebelum diagnosis yang tepat dapat dikenalpasti.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.