Sulit

3 tahun

Sakit dada di tengah-tengah selepas bangun pagi. Terasa seperti ada urat yang ketat di tengah dada

Saya lelaki umur 25 tahun telah berhenti merokok sejak 3 bulan yang lalu. Selapas saya berhenti saya merasakan dada kadang-kadang merasa ketat “pain upon movement”. Adakah ini salah satu tanda sakit jantung ataupun hanyalah urat sahaja.

Salam sejahtera. Terima kasih untuk soalan anda.

Saya memahami kebimbangan anda. Namun, keluhan anda terlalu ringkas dan kurang memberi maklumat untuk membuat sebarang kesimpulan. Saya akan nyatakan simptom-simptom sakit jantung di bawah supaya anda boleh bandingkan dengan simptom yang anda alami:

  • Sakit dada- Pesakit kerap mengalami sakit dada secara tiba-tiba dan kebanyakan daripada mereka mengalami ketegangan dada atau sensasi dada dihempap sesuatu yang amat berat.

  • Peluh berlebihan- Pesakit akan mengalami peluh berlebihan dan sejuk secara tiba-tiba. Jika pesakit menghidap kencing manis, berpeluh tanpa sakit dada boleh berlaku.

  • Sakit pada bahu kiri dan rahang bawah kiri- Pesakit kadangkala mengalami simtom sakit pada bahagian bahu kiri atau rahang bawah kiri sebelum sakit dada atau sakit dada yang merebak kebahagian tersebut.

  • Mual/loya- Pesakit berasa loya atau mual sehingga menyebabkan muntah-muntah

  • Sesak nafas secara tiba-tiba- Pesakit boleh mengalami kesukaran bernafas secara tiba-tiba walaupun keadaan asal pesakit adalah normal

  • Palpitasi- Pesakit boleh mengalami jantung berdegup kencang atau perlahan berdasarkan lokasi dinding jantung yang terjejas akibat saluran darah tersumbat

  • Sakit epigastrik- Pesakit juga boleh mengalami sakit perut lebih-lebih lagi pada bahagian atas perut dan di bawah dada.

Selain serangan sakit jantung, penyakit jantung atau kegagalan fungsi jantung juga perlu diberi keutamaan bagi mengelakkan fungsi jantung yang semakin merudum. Simptom- simptom tersebut adalah:

  • Badan mengalami keletihan yang melampau serta mempunyai tenaga yang rendah
  • Kesukaran bernafas pada waktu malam ataupun sewaktu tidur ketika baring
  • Jantung berdebar kencang atau perlahan
  • Kaki bengkak air
  • Sakit dada apabila melakukan aktiviti berat

Faktor-faktor untuk sakit jantung adalah seperti:

  • Jantina - lelaki lebih berisiko untuk mendapatkan sakit jantung
  • Usia meningkat
  • Genetik
  • Merokok
  • Kurang beriadah
  • Stres
  • Diet/Obesiti
  • Kencing manis

Jika anda mendapati bahawa anda memiliki gejala-gejala serangan sakit jantung seperti sakit dada, loya, sakit pada bahu kiri dan rahang bawah, jantung berdegup kencang atau perlahan dan sebagainya, anda disarankan untuk menghadirkan diri ke bahagian kecemasan di hospital berkenaan. Anda perlu ke hospital secepat mungkin lebih-lebih lagi jika anda mempunyai risiko yang menyumbang kepada penyakit jantung. Walaupun anda mengalami gejala peluh secara berlebihan tanpa sakit dada, anda dinasihati untuk menghadirkan diri ke bahagian kecemasan.

Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.

Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi

jantung-berdegup-laju-rapid-heart-beat

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (31)