Sulit
6 tahun
Sakit dada du bahagian tengah
saya wanita berumur 37 thn bekerja sebagai kerani bank dan baru bersalin secara ceaser.Anak dah setahun. Sudah seminggu lebih rasa sakit on off di bahagian tengah dada. Saya telah pergi ke klinik. Doc beri ubat gastrik dan angin. Doc nasihat selepas makan ubat kalau rasa masih sakit terus pergi ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Adakah ini simptom sakit jantung?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa punca yang menyebabkan sakit dada bahagian tengah, antaranya ialah:
• Sakit jantung
• Kekurangan darah atau anaemia
• Jangkitan paru-paru
• Asma
• Ketulan darah di saluran darah paru-paru atau pulmonary embolism
• Gastrik atau asid perut berlebihan
• GERD atau pedih ulu hati
• Keradangan kartilaj atau costochondritis
Untuk mengetahui punca sakit dada serta dapatkan rawatan yang bersesuaian, maklumat lanjut dan pemeriksaan yang teliti adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dan mendapatkan ujian yang berkenaan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.


































