
Sulit
3 tahun
Sakit dada ketika baring
Sy lelaki umur 36 kerap sakit dada terutama ketika baring nak tidur…kadang2 rase susah nak bernafas. ada masalah OSA tp mild. kencing kerap berbuih seperti sabun dan kerap sakit bahagian pinggang

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan soalan anda, kami memahami bahawa anda mempunyai masalah kencing berbuih, sakit pada pinggang, sakit dada dan sesak nafas bila baring (orthopnoea). Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, kumpulan simptom yang anda nyatakan seiring dengan masalah fluid overload akibat masalah pada ginjal / buah pinggang.
Walaubagaimanapun, tanpa perincian simptom, sejarah kesihatan, pemeriksaan fizikal serta ujian klinikal, kami tidak dapat memberi diagnosis yang tepat.
Kami menasihatkan anda untuk mendapatkan rawatan lanjut bagi menyelesaikan masalah anda secepat mungkin.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.