Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Sakit Dada kiri bila tido dan tarik nafas

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: Mei 21, 2020 6:35 AM

Sulit 4 bulan

Saya berumur 28 tahun. Baru nie saya sakit Dada sebelah kiri bila nak tarik nafas sakit bila tido pon sakit. Sakit tu makin lama makin sakit bila menjelang malam. Adakah ini tanda sakit jantung. Apa kah yang perlu saya lakukan untuk hilangkan sakit nie.

Dr Sri Viknarajan 4 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit dada sebelah kiri boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
  • Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
  • Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
  • Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
  • Serangan jantung
  • Gangguan emosi

Sebaiknya yang dilakukan adalah memeriksakan diri ke doktor dan bincangkan riwayat kesihatan anda seperti makan ubat darah tinggi dan kolesterol tinggi yang dikhuatiri cenderung ke masalah saluran darah. Selain itu, adalah digalakkan untuk mengamalkan yang berikut bagi mengelakkan perburukan penyakit:

  • Elakkan merokok , pengambilan alkohol, dan makanan tidak seimbang
  • Lakukan senaman selama 30 minit untuk 5 hari dalam seminggu
  • Segera ke hospital jika pesakit sudah berusia kerana kemungkinan serangan jantung adalah tinggi

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Thu May 21 2020 06:35:09 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Jantung/Kardiologi tentang sakit dada secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80
Sulit
Sakit dada, Cepat mengah, Pitam Hai, saya berumur 24 tahun dan seorang pelajar. Saya mengalami masalah sakit dada, cepat mengah dan sukar untuk bernafas apabila melakukan kerja2 berat. Saya juga seringkali pitam apabila menaik… Baca lagi...
21 hari
Sulit
Sakit dada tengah & belakang Saya berusia 30 an. Sebulan yang lepas dan 2 minggu yang lepas saya mengalami sakit dada dan sesak nafas. Setelah menjalani beberapa ujian, saya tiada masalah jantung. Tapi sakit pada dada saya … Baca lagi...
6 hari
Sulit
Rasa nak pitam selalu .kebas dan kesemutan selalu terjadi pada tangan dan kaki .degupan jantung selalu naik bila² masa sya lelaki berumur26 .saya baru² ini mengalami kenaikan tempo heartbeat saya . selalu kebas dan kesemutan pada tangan dan kaki .rasa loya dan nak muntah .kepala berpusing pusing selalu nak pitam … Baca lagi...
58 hari
Sulit
Batuk sehingga semput dan sakit dada Saya wanita awal 40an…dalam seminggu dua .sy sering batuk2.sehinga menyebabkan dada sebelah kanan sy sakit ketika batuk…dan batuk beterusan menyebabkan sy mencungap seperti semput. Baca lagi...
18 hari
Sulit
Sesak dada dan sesuatu di tekak Saya mengalami sesak dada dan berasa sesuatu di tekak saya. Saya mempunyai gastrik dan anxiety. Baca lagi...
35 hari
Tanya Doktor Percuma Sambutan Hari Malaysia: Baucar RM15