Sulit
3 tahun
Sakit Dada, Lengan Teraa Lenguh, Mual Tetapi Tidak Boleh Muntah
Saya seorang perempuan berusia 18 tahun. Sejak kebelakangan ini, saya dapat rasakan dada disebelah kiri saya seperti dicengkam dan adakalanya ia seperti ditekan/dihempap. Apabila sakit di dada saya mula menyerang, saya akan cuba tenangkan kan diri dan berehat seketika sehinggala sakit dada tersebut hilang. Kadangkala sakit dada seperti ini datang ketika saya baring di atas katil untuk tidur. Bukan itu sahaja, lengan disebelah kiri saya pula terasa sangat lenguh. Saya ada letak minyak sapu di lengan saya tapi ianya seperti tidak menunjuk sebarang reaksi untuk pulih. Lenguh dilengan kiri saya ini kadang kala datang dengan kerap. Dan yang paling baru, sejak dua hari ini saya terasa mual macam nak muntah tapi tidak boleh nak muntah. Boleh saya tahu sebenarnya what really happen to me?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala sakit dada dan juga lenguh pada lengan kiri yang dihadapi. Namun, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Secara umumnya, masalah sakit dada ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru sepertiasma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Sakit dada juga boleh disebabkan masalah serangan jantung. Namun oleh kerana faktor umur anda, diagnosis mungkin sangat jarang. Biasanya masalah sakit dada ini disertai dengan gejala seperti:
- Sakit atau rasa sempit di dada yang mungkin merebak ke leher, rahang dan bahagian belakang dada
- Mual, sakit ulu hati, ketidakhadaman dan sakit perut
- Sesak nafas
- Berpeluh
- Letih
- Pening kepala
Berikut hanyalah jawapan umum bagi soalan yang diajukan. Sila rujuk kepada doktor dengan segera sekiranya anda mengalami gejala-gejala di atas. Bagi mengetahui punca sakit dada anda, sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.