Sulit
3 tahun
Sakit dada sebelah kanan dan susah bernafas
Saya wanita umur 35, sy mengalami sakit dada secara tiba di sebelah kanan dan belakang meyebabkan sukar bernafas, saya mengalami perut kosong disebabkan oleh tidak mengambil sarapan pagi cuma minum air halba sahaja, pada pukul12 sy mengalami masalah tersebut dan sy berehat masih mengalami masalah yg sama
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang sakit dada.
Untuk makluman anda,sakit dada adalah satu tanda di sebalik penyakit lain.Terdapat beberapa penyebab sakit dada, antaranya ialah:
- Penyakit kegagalan jantung terseumbat ( Congestive Heart Failure )
- Sindrom akut koronari ( Acute coronary syndrome )
- Jantung bengkak
- Keradangan pada jantung yang disebabkan oleh jangkitan kuman atau demam reumatik
- Penyakit hati atau kegagalan hati (badan akan kekuningan)
- Salur darah paru-paru tersumbat ( Pulmonary embolism )
- Penyakit darah tinggi atau kencing manis
- Salur darah kaki tersumbat ( Deep vein thrombosis )
- Penyakit buah pinggang
- Penyakit jantung dari lahir seperti jantung berlubang
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Berdasarkan keterangan anda, kami amat menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan fizikal segera dilakukan untuk mendapatkan rawatan yang tepat. Sakit dada yang lama dan tidak pulih boleh membawa kemudaratan kepada kesihatan anda.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.