
Anonymous
5 tahun
Sakit dada sebelah kiri dan belakang
Sy berumur 36thn mengalami sakit dada sebelah kiri dan seakan2 tembus ke blkg bdn sakitnya.lengan sy pun trase sakit.sy dh buat ecg result normal…bagaimana ye doktor sy buntu sy sakit apa sbnarnya.sy dibekalkn ubat gastrik kerana sering pedih ulu hati.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap tahap kesihatan andaTerdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan sakit dada di bahagian kiri.Antaranya ialah:
- Angina adalah istilah gejala kesakitan atau ketidakselesaan di tengah-tengah atau sebelah kiri dada ketika membuat sesuatu aktiviti fizikal dan reda apabila berehat atau berhenti membuat aktiviti fizikal tersebut.
- Serangan jantung berlaku apabila bekalan darah ke jantung tiba-tiba terganggu, biasanya oleh bekuan darah.
- Aortic dissection adalah keadaan yang serius di mana lapisan dinding saluran darah utama ke jantung iaitu aorta terkoyak
- Penyakit Gastrik
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih