Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Sakit dada sebelah kiri ketika bernafas

Dijawab oleh: DOC Patient Care

Dikemaskini pada: April 1, 2019 1:34 AM

kasmah.akup 14 bulan

Saya ppuan usia 38 thn… Sy xde sejarah keluarga sakiy jantung, dn saya jugak tdk ada darah tinggi db kolestrol pun ok…cuma saya ada migrain dn sakit kt pinggang sebelah belakang apabila sy terlampau lama duduk mencangkung… Dan apabila sy ingin bangun dn berdiri dr duduk saya rasa pening dn penglihatan sy kabur mcm nk pengsan.

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Untuk makluman pihak puan, terdapat banyak perkara yang boleh menyebabkan situasi yang puan alami. Ia boleh saling berkait atau masalah-masalah yangberlainan menyebabkan simptom-simptom tersebut.

  • Migrain merupakan masalah biasa bagi wanita, ia boleh disebabkan oleh tekanan, keletihan dan pemakanan. Ia juga boleh disebabkan oleh pengambilan ubatan dan masalah lain.

  • Sakit pinggang dan belakang pula boleh berkaitan dengan masalah saraf, otot atau tulang. Ia boleh disebabkan postur yang tidak betul atau kecederaan tulang yang lain

  • Pitam selepas berdiri dari duduk boleh disebabkan oleh tekanan darah rendah atau dipanggil orthostatic hypotension. Masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan lain atau terjadi dengan sendiri.

Untuk mengetahui punca masalah yang puan hadapi, puan disarankan untuk merujuk perkara ini dengan lebih lanjut. Pemeriksaan kesihatan dan ujian mungkin diperlukan bagi mengenalpasti puncanya. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara atas talian. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Mon Apr 01 2019 01:34:42 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
miradel.ar3
Kurang garam dalam badan Saya nak tahu lebih lanjut tentang sakit kurang garam dalam badan. Dalam masa yg sama, pesakit ada kolestrol. Umur pesakit 56 tahun. Apakah pemakanan terbaik untuk pesakit tersebut? Sekiranya penin… Baca lagi...
7 bulan
medina
Sering pitam dan pengsan Hai doktor, saya sering pitam dan pengsan. Adakah ini disebabkan darah rendah? Baca lagi...
17 bulan
massita_gween
Pening dan loya berpanjangan hi doctors saya mengalami pening kepala yg agak teruk apatah lagi bila berdiri kepala berdenyut dan terasa nak pitam sering merasa loya tetapi tidak muntah saya membuat ujian kehamilan tapi kepu… Baca lagi...
12 bulan
Anonymous
Tekanan darah rendah, hipotensi Selamat pagi doktor,sy nak tanya…kalau setiap kali cek tekanan darah dan didapati tekanan darah tu rendah,adakah bahaya kalau dibiarkn tekanan darah rendah tu? Dan boleh dikatakan ada dalam 2 ke 3 kal… Baca lagi...
14 bulan
Anonymous
Tekanan darah dan penglihatan kabur salam doktor, tekanan darah saya 86/59…kira cam rendah la kan…pagi ni saya bangun tidur, pandangan mata saya jadi kabur…bukan sekejap…setakat ni dh lebih 15minit, masih kabur. apa patut saya buat? Baca lagi...
11 bulan
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi