Sulit
3 tahun
Sakit dan rasa dicucuk pada dada kiri dan belakang
Saya remaja lelaki,umur 22. tinggi 165 , berat 73 .Saya selalu rasa sakit dada sebelah kiri. lebih 2 tahun dah sakit. nafas sesak. cepat letih. badan lemah.hari ni tangan kiri rasa kebas. saya risau kalau saya ada sakit jantung. apa oerlu saya buat? saya nak buat pemeriksaan di hospital takut kos tak mampu tanggung. kalau boleh saya nak buat scan jantung saya. sbb saya risau sangat. makin hari makin bertambah sakit. mencucuk2. panas. belakang dada pun selalu terasa mencucuk2. boleh bagi pandangan doktor? dan boleh ke saya ambik Blackmore’s Plant Sterol?
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah sakit dada boleh disebabkan oleh:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
Serangan jantung lazimnya mempunyai simptom sakit dada kiri yang pergi ke tangan kiri dan rahang kiri beserta dengna sesak nafas ataupun kurang tenaga berbanding sebelum episod serangan jantung.
Oleh kerana penyebabnya adalah agak am, kami memerlukan lebih maklumat dari anda untuk memastikan penyebab sebenarnya dengan lebih tepat. Oleh yang demikian, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Sebelum anda mengambil apa-apa tindakan untuk mencuba ubat, saya sarankan untuk anda pergi ke klinik berdekatan dan memeriksa dulu untuk mendapatkan punca masalah anda. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi