Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Sakit dan vagina berdarah

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Jun 25, 2020 2:22 AM

Sulit 17 hari

Salam doktor,

Saya baru lepas bersalin dan anak saya dah umur 3 bulan. Saya mula ingin bersama dgn suaki buatpertama kali selepas bersalin dan ini anak sulung. Kenapa waktu bersama faraj saya sakit dan berdarah. Kami taksempat bersama kerana faraj saya terasa sakit dan berdarah apabila pasangan saya memasukkan pelvis beliau. Apakah masalah saya ye?

Dr Sashini Seeni 17 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit dan pendarahan semasa hubungan seks boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • Vagina kering kerana menyusu anak
  • Kurang teransang
  • Jangkitan kelamin
  • Pesakit psoriasis
  • Alergi
  • Pelvic inflammatory disease
  • Endometriosis
  • Fibroid
  • Sista ovari

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Thu Jun 25 2020 02:22:16 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Sulit
Cara kesan luka mulut rahim Luka mulut rahim dan ketumbuhan mulut rahim boleh dikesan melalui ujian papsmear tak? Baca lagi...
6 bulan
Sulit
Sakit dan vagina berdarah Salam doktor, Saya baru lepas bersalin dan anak saya dah umur 3 bulan. Saya mula ingin bersama dgn suaki buatpertama kali selepas bersalin dan ini anak sulung. Kenapa waktu bersama faraj saya s… Baca lagi...
17 hari
Sulit
Sakit ari-ari belah kiri Sy nak tanya tentang sakit ari-ari belah kiri. Dah bebarapa bulan sy rasa sakit berdenyut belah kiri. Sebelum ni pernah check doktor masa tu doktor cakap sy ada PCOS dan gastrik. Beberapa bulan … Baca lagi...
59 hari
ryna_eleven
Luka bersalin episiotomi Saya ibu dalam pantang hari ke 28. Sy bersalin secara forcep. Luka sy masih belum sembuh sepenuhnya. Berapa lama masa diambil untuk sy sembuh? Sy telah pergi ke klinik swasta dan doc inform luka sy ad… Baca lagi...
11 bulan
Sulit
Mulut pecah dan luka di bahagian kemaluan saya lelaki umur 25 tahun mula sekali sakit tekat lepas tu pecah kat bahagian bibir dan luka di bahagian kemaluan saya Baca lagi...
11 bulan
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi