
Sulit
5 tahun
Sakit di alat sulit
Salam sejahtera, saya seorang lelaki berumur sekitar 20-an. Sebelum ini, saya kerap sekali melakukan masturbasi dan sekarang, sudah hampir 2 minggu saya berhenti dan melakukan urutan jelqing untuk mengelak dari masturbasi serta untuk kesihatan. Tengahari tadi, semasa tidur sebentar dalam saya telah mimpi basah. Kemudian, selepas beberapa jam, alat sulit saya mengeras semula, dia menjadi sedikit sakit seperti digenggam dengan kuat. Adakah itu normal?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kesakitan pada kemaluan anda boleh disebabkan:
- Kecederaan akibat urutan pada zakar anda
- Jangkitan saluran air kencing
- Keradangan saluran darah atau saraf
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.