
Sulit
4 tahun
Sakit di Bahagian Pembukaan Vagina ketika Melakukan Hubungan Seks
Hi Doctor!
Salam sejahtera.
Saya wanita berumur 28 tahun dan baru 4 bulan berkahwin. Masalah yang dihadapi adalah saya sering berasa sakit di bahagian dalam pembukaan vagina ketika suami cuba untuk melakukan penetration. Sedangkan ketika itu agak banyak natural lubricant secreted hasil daripada foreplay. Sehingga hari ini suami masih belum dapat penetrate kerana saya seringkali menolak disebabkan rasa sakit yang teramat (seperti akan berlaku koyakan/rasa perit luka yang mencucuk-cucuk). Adakah normal rasa sakit yang dihadapi? Soalan kedua, adakah potensi untuk mengandung sekiranya suami melepaskan sperm di permukaan bukaan vagina?
Terima ksaih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi sakit ketika melakukan hubungan seksual. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan - jangkitan kelamin (STI), seperti klamidia, gonorea atau herpes genital
- Kekurangan gairah seksual
- Vaginismus - keadaan di mana otot di dalam atau di sekitar faraj tertutup rapat, menjadikan seks menyakitkan atau mustahil
- Iritasi alat kelamin atau alergi yang disebabkan oleh spermisida, kondom lateks atau produk seperti sabun dan syampu
Kehamilan berlaku apabila adanya persenyawaan antara sperma (dari air mani) dan ovum wanita semasa berhubungan seksual terutama penetrasi dalam. Namun, masih ada kemungkinan untuk hamil jika terdapat cecair mani pada kawasan sekitar vagina, walaupun potensi rendah.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.