
Sulit
4 tahun
Sakit di bawah perut spert senggugut dan payudara sakit
Salam doc, sy berumur 28tahun dan baru masuk 3bulan dlm perkahwinan. Sy ingin bertanya, sy telah mengalami sakit dibawah perut spt senggugut sehingga kdg kdg sakit terasa hingga ke pinggang kanan. Rasa sakit ini dirasa slpas sy seminggu dua slpas habis period, dan bila sy berjumpa ngan doctor, doctor mengambil urine sy dalam didpt dlm urine sy mpunyai darah dan kandungan pH tp urine sy tidak mempunyai jangkitan kuman dan bakteria. Boleh tak doctor jelaskan lebih lanjut tntg permasalahan sy ini krn sy kurang jelas ngan apa yg dikatakan doctor yg sy jumpa haritu. Tqq doctor

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi iaitu sakit senggugut di sekitar pusat setiap kali period. Sakit senggugut boleh didefiniskan sebagai sakit perut yang teramat sangat sehingga dapat mengganggu nafsu makan minum dan diikuti dengan gangguan berjalan dan menyebabkan anda menekan perut / bongkok selama 2 atau 3 hari.
Untuk makluman anda, sakit senggugut waktu haid (boleh berlaku di luar haid) dapat disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Akibat bahan kimia prostaglandin yang dibuat di dalam lapisan rahim (kadar fluktuasi hormon yang melebihi normal atau melebihi kemampuan tubuh untuk bertoleransi)
- Endometriosis - Dalam keadaan ini, tisu dari lapisan rahim didapati di luar rahim, seperti pada ovari dan tiub fallopian, di belakang rahim, dan pada pundi kencing. Tisu ini akan berkelakuan seperti tisu rahim dan melekat-lekat sehingga menyebabkan rasa sakit.
- Adenomyosis - Tisu yang biasanya melekat pada rahim mula tumbuh di dinding otot rahim.
- Fibroid - Fibroid adalah pertumbuhan yang terbentuk di luar, di bahagian dalam, atau di dinding rahim. Fibroid yang terletak di dinding rahim boleh menyebabkan kesakitan.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Buat sementara waktu anda boleh menyampaikan perkara ini pada doktor yang telah memberikan suntikan perancangn keluarga tempoh hari. Namun anda perlu segera berjumpa doktor, sekiranya mengalami:
- Pitam atau kelesuan badan
- Kejang atau menggigil
- Mual dan muntah
- Pening atau sakit kepala yang berat
- Aktiviti atau kerja harian amat terganggu
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.