Sulit
6 tahun
Sakit di pinggang kiri semasa ejakulasi
Saya lelaki berumur 23 tahun. Baru ni dalam masa sebulan ini saya mengalami sakit di pinggang sikit semasa ejakulasi. Boleh saya dapatkan pencerahan lebih lanjut.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit pinggang yang anda alami ketika ejakulasi boleh disebabkan:
- Radang saluran atau buah pinggang - akibat jangkitan kuman atau batu karang
- Jangkitan dalam saluran epididimis - saluran sperma
- Angin pasang (hernia) dalam buah zakar - rasa sakit disebabkan tekanan pada struktur hernia
- Masalah kalenjar prostat - seperti bengkak, keradangan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































