
Sulit
4 tahun
Sakit di tempat operation appendix
Hello doctor, saya wanita berumur 22tahun dan masih lagi seorang pelajar di ipts.
Saya sebelum ni pernah operation appendix. So 10/3/2021 dah genap setahun. Tapi saya selalu saya macam sakit dekat tempat operation tuu. Kadang kadang kalau time tidur kalau salah bergerak mesti rasa sakit. Dia takboleh bergerak terlalu cepat. Sebab nanti dia akan sakit. Kadang2 tuu dia rasa macam berdenyut. Selalu sangat jadi sampai rasa mcm tak selesa nk buat sesuatu. Adakah ni just sakit biasa?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, memandangkan anda telah menjalani operasi membuang appendiks, kemungkinan gejala yang anda alami adalah disebabkan oleh:
- Penyakit keradangan pelvik
- Penyakit keradangan usus
- Keradangan saluran/ pundi kencing - akibat batu karangw atau jangkitan kuman
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.