
Sulit
4 tahun
Sakit dibahagian kelamin wanita.?
Saya wanita 20an saya sudah menpunyai suami,akhir² ini saya merasakan sakit dibahagian dalam kelamin dan saya risau akan hal itu sama ada ianya sebuah penyakit? Dan saya ingin tahu apakah antara sebab kelamin sakit? Mohon penerangan doktor. Saya sangat risau akan hal mengenai penyakit kelamin ini.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah yang anda hadapi iaitu sakit di bahagian kelamin. Untuk makluman anda, masalah ini boleh berpunca daripada pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Faraj kering (“vaginal dryness”)
- Kurang pelincir ketika seks
- Jangkitan kulat candidiasis menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim
- Jangkitan kuman pada salur kencing
- Radang Vagina
Mengenai penyakit kelamin, ianya lebih dikenali sebagai sexually transmitted diseases (STD) dalam bidang perubatan, merupakan satu golongan penyakit yang merebak melalui hubungan kelamin. Ianya disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria ataupun virus.
- Antara tanda-tanda penyakit kelamin secara umum:
- Luka atau lepuh pada kemaluan sekitar kawasan dubur atau mulut
- Ketumbuhan ketuat pada kawasan kelamin
- Kegatalan pada kemaluan
- Discaj daripada vagina atau zakar
- Kelenjar yang sakit atau bengkak sekitar kawasan kelamin
- Ruam sekitar kawasan yang sama
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu sekiranya masalah ini berlarutan dan mengganggu aktiviti harian anda, anda dinasihatkan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut bersama doktor secara langsung. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Jawapan ini adalah keterangan am mengenai masalah yang anda hadapi. Terima kasih
Anda bimbang tentang Penyakit Kelamin / STD ? Dapatkan kepastian melalui ujian