Anonymous
3 tahun
Sakit kalenjar pada leher
Salam , saya lelaki berusia 23 tahun, saya ada membuat aktiviti risiko pada tahun 2016 dan pada tahun 2017 saya buat ujian hiv resultnya ialah not ditected . Dan saya ulang lgi pada bulan 12/2017 dan 3/2018 dan resultnya negatif . Sekarang sy sakit kelenjar adakah tu tnda hiv?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
HIV atau “Human Immunodeficiency Virus” merupakan virus yang menyerang sel imun tubuh badan. Penularan HIV adalah melalui cecair badan seperti air mani, darah, cecair faraj, cecair rektum dan susu individu yang HIV-positif.
Oleh itu, risiko seseorang dijangkiti HIV meningkat apabila melakukan hubungan seks tidak terlindung, melakukan hubungan seks dengan seseorang yang berisiko tinggi dijangkiti HIV seperti pekerja seks dan pengguna dadah IV dan apabila berkongsi peralatan suntikan dadah.
Pada peringkat awal jangkitan HIV, simptom-simptomnya ialah serupa selesema seperti
sakit kepala
demam
cirit-birit
pening
muntah
keletihan
sakit otot
sakit tekak
kelenjar limfa membengkak
ruam.
Simptom-simptom ini mungkin akan bertahan selama 1-2 minggu dan hilang sepenuhnya selepas itu.
Oleh kerana tanda-tanda awal jangkitan HIV adalah tidak spesifik, seseorang tidak boleh bergantung kepada kemunculan simptom-simptom ini untuk mengenalpasti jangkitan HIV. Sebaiknya anda haruslah menjalani pemeriksaan dan mendapatkan nasihat daripada doktor.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.