
Sulit
4 tahun
Sakit kepala , cirit-birit, muntah-muntah, sakit dada, sesak nafas, dan kejang di bahagian kepala
Saya seorang remaja perempuan berusia 16tahun. Saya sering sakit kepala, cirit-birit, muntah-muntah, sakit dada dan hilang selera makan berturut-turut. Kadangkala saya mengalami kejang di bahagian kepala. Bila pergi ke klinik kesihatan doktor kata ianya perkara biasa. Dah berkali-kali pergi ke klinik dan makan ubat ia tiada perubahan. Apa yang patut saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan penerangan anda, saya dapati masalah yang anda hadapi sangat kompleks. Anda telah pergi berjumpa dengan doktor tetapi doktor tidak mengesahkan apa-apa masalah pada anda.
Untuk memberikan hanya satu kesimpulan dari semua simptom yang anda alami adalah sukar kerana banyak maklumat lain serta pemeriksaan lanjut harus dilakukan. Terdapat juga kemungkinan bahawa masalah ini disebabkan oleh lebih dari satu diagnosis. Antaranya:
- Acute gastroenteritis (AGE)- menyebabkan muntah, cirit0birit serta sakit kepala
- Inflammatory bowel disease
- Sesak nafas disebabkan- Anemia (kurang darah merah), Penyakit asma, COPD (Masalah paru-paru sempit), Penyakit TB, Alahan, Penyakit jantung
Sekiranya simptom yang anda alami sangat menganggu kegiatan harian anda, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat. Hal ini kerana maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.