
Anonymous
5 tahun
Sakit kepala dibagian kanan
Sy berumur 33 tahun, baru2 ini sy mengalami sakit kepala dibahgian kanan, saya tidak pernah mengalaminya sebelum ini. Ada kah saya perlu mendapatkan rawatan dgn segera?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sakit kepala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit kepala sebelah kanan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- sakit kepala migrain
- sakit kepala tekanan (tension headache)
- jangkitan kuman atau bakteria
- masalah saraf
- masalah saluran darah kepala
Oleh kerana ia boleh menjadi simptom untuk penyakit bahaya seperti
- pendarahan dalam kepala
- strok
- giant cell arteritis
- sakit saraf kepala (neuralgia)
- kanser atau ketumbuhan
Anda disarankan untuk berjumpa dengan pakar perubatan. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.