
Sulit
4 tahun
Sakit kepala ringan dan kebal kulit mati rasa berpanjangan
Saya lelaki berusia 26, petanda awal saya kebas tangan dan kaki, lalu ke doctor periksa saya alami kolestrol LHL 1.30 mmoI/I dan LDL 3.41 mmoI/I, soalan saya ada ka sakit saya disebabkan kolestrol? Terimakasih

5 tahun
alam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah tangan dan kaki kebas boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kencing manis
- Kecederaan pada ‘brachial plexus’
- Aliran darah yang tidak mencukupi
- Carpal Tunnel Syndrome
- Trauma pada tulang belakang
- Penyakit autoimmune
- “Ganglion cyst” menghimpit saraf
- strok
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.