Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Sakit kepala,sakit sendi otot, deman selesema batuk hilang selera mkn

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Julai 14, 2020 10:52 AM

Sulit 24 hari

Berlanjutan 4 hari

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 24 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Akan tetapi, maklumat yang anda berikan adalah tidak mencukupi untuk kami membuat kesimpulan. Gejala yang anda alami boleh jadi berkait antara satu sama lain atau sebaliknya.

Untuk makluman pihak anda, masalah sakit kepala ini adalah sangat biasa berlaku dan kebiasaannya tidak merujuk kepada maslaah yang serius. Akan tetapi, sekiranya sakit kepala ini diiringi dnegan gejala di bawah, anda disarankan untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut. Antaranya:

  • Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba

  • Pandangan kabur

  • Pitam

  • Sawan

  • Muntah pada waktu pagi

  • Hilang berat badan mendadak

Selain itu, gejala demam, selsema dan batuk ini mungkin disebabkan oleh:

  • Jangkitan bakteria / virus

  • Demam denggi

  • Allergic Rhinitis

  • Keradangan

Untuk masalah hilang selera makan, ianya sedikit membimbangkan sekiranya ia berlanjutan dan menyebabkan hilang berat yang mendadak dalam tempah yang singkat. Oleh itu, pemeriksaan lanjut adalah diperlukan.

Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.

Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Tue Jul 14 2020 10:52:45 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Sekarang anda boleh terus dapatkan konsultasi doktor secara online mengenai masalah Sakit Kepala dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
Sulit
Sakit kepala hingga ke bahagian dada saya wanita berumur 26 tahun, akhir-akhir ini saya mengalami sakit kepala sehingga ke bahagian dada seperti ditekan dan terasa berat, serta rasa sukar bernafas. Adakah masalah ini serius atau no… Baca lagi...
9 hari
Sulit
Pening kepala dan kurang selera makan saya ingin bertanya, saya mengalami sakit kepala semenjak 5 hari lepas. adakah ini berkaitan stress atau pun darah tinggi? dan saya juga mengalami masalah lost appetite. Saya ingin juga bertanya… Baca lagi...
24 hari
Sulit
Kaki Dan tangan berasa sejuk Saya Wanita berusia 30tahun…lepas bersalin emergency czer Saya mengalami simptom kaki Dan tangan sejuk…kadang effect sakit Dada mencucuk sekejap Dan hilang bila tenang…Dan kadang Saya mengalami … Baca lagi...
23 hari
rasyidilee
Sakit kepala sebelah kiri kepala Saya berumur 24 tahun dan sudah 2 hari saya rasa sakit kepala sebelah kiri jika saya sentuh. Saya setiap hari mendengar lagu menggunakan earphone dan kadang-kadang mencuci telinga menggunakan cotton t… Baca lagi...
26 hari
Sulit
Sakit dibahagian kiri kepala saya kadangkala merasa sakit dibahagian kiri kepala,sakit ini bermula semasa saya tidur lewat malam dan ia nya seperti berdenyut denyut Baca lagi...
18 hari
Tebus baucar RM15 di e-farmasi >