
ismayanteemustaqin
5 tahun
Sakit kepala yang berpanjangan dan cepat mengantuk
Saya remaja berusia 18 tahun dan masih belajar.Saya mengalami sakit kepala yang teruk semasa saya berusia 12 tahun lagi.Saya tidak pernah membuat apa-apa rawatan atau pemeriksaan sehingga sekarang.Ia menyukarkan saya apa saya hendak belajar dan membuatkan saya mengantuk.Apakah masalah yang dialami oleh saya? Saya juga ada terbaca di laman web yang lain bahawa ia merupakan tanda-tanda awal thumor.Adakah ianya benar?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Sakit kepala berpanjangan merupakan suatu masalah yang kerap dialami masyarakat pada zaman sekarang. Masalah sakit kepala berterusan ini datang tidak kira usia.
Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Migraine
- Trauma kepada bahagian tersebut
- Penambahan kuasa cermin mata
- Tekanan darah tinggi
Secara am nya, untuk mengurangkan kesakitan ini, anda boleh melakukan beberapa perkara ini :
- Kawalan stress dan emosi
- Elakkan daripada pengambilan kaffein, merokok
- Untuk pesakit migrain yang kronik disarankan untuk memeriksa mata
- Banyakkan minum air putih
- Rehat dan tidur secukupnya
Untuk membuat kesimpulan bahawa anda menghidapi kanser otak ianya amat sukar kerana ini adalah penyakit yang jarang sekali berlaku.
Selain itu,untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan doktor sebelum kesimpulan boleh dibuat. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor di klinik atau anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan dan konsultasi lanjut. Terima kasih.