Joy Lina

5 tahun

Sakit kepala yang terlalu teruk, lemah ingatan

salam sejahtera doc, saya berusia 15 tahun dan saya seorg student di secondary school johor . saya sering mengalami sakit kepala yang agak series sejak 2 bulan yg lalu.semakin hari semakin melarat .adakalanya saya hmpir hilang kewarasan.bermksud,saya seringkali menepuk/menghentak dahi saya dengan agak kuat a[pabila sakit kepala itu datang .tapi tidak terlalu kerap .saya sendiri juga tidak pasti kenapa saya melakukan perkara itu.terdapat perkara lain yg sering berlaku juga terhadap diri saya sejak beberapa minggu yg lalu.saya mula berasa kebas/sesemut di satu sisi badan .iainya kerap berlalu ketika saya sdg menulis dan berehat.penglihatan saya juga adakalanya ianya kabur dan adakalanya ia berganda.saya kerap mengalami kesukran untuk mndgr ape yg rakan/guru/ibu dan bapa saya cuba smpaikan .saya kurang mendapat penjelasan walhal perkara itu dismpaikan secara jarak dekat dan berulang kali .sehubungan dgn itu ,saya juga mempunyai kelemahan daya igtan yg semakin teruk dari hari ke hari .saya seringkali lupa akan sesautu perkara sama ada secara umum ataupun sebaliknya .dan yg paling merisaukan saya sering lupa akan sesuatu pelajaran yg saya belajar pada hari ini.dan kemudiannya lupa pada hari esok .badan saya juga mudah letih sejak kebelakangan ini.muka saya semakin pucat.saya mulai kekurangan tenaga utk berborak dan bergelak ketawa bersama rakan2 . bebual juga dalam nada yg agak rendah .tidak lagi spt dahulu .perkara ini amat merisaukan saya .saya takut jika perkara ini semakin teruk dan berlarutan .tambahan pula saya bakal menduduki peperiksaan pt3 pada bulan 10 ini .percubaan nya juga semakin hampir.bagaimana saya ingin meneruskan perjuangan menjelang hari peperiksaan sebenar pt3 ? dengan keadaan begini saya tidak saya saya boleh teruskannnya .pada pendapat doktor apakah masalah yg berpunca dari simptom2 yg saya hidapi ini ?bagaimana pula cara merawatinya ?atau cara mengurangkan simptom2 ini drpd kerap berlaku ?utk pengetahuan doc juga,saya sudahpun bertemu dgn doctor pada baru2 ini.doctor tersebut mengatakan kemungkinan saya mnghidap migrain .namun saya keliru mngapa simptom migrain terjadi sehingga sebegini rupa(dgn teruk) ?sdgkan rakan saya juga mempunyai masalah migrain dan ianya tidak seteruk saya ?menurut kajian saya kemungkinan simptom2 yg saya hidapi ini adalah simpom2 awal penyakit kanser .tapi bagaimana pula pndapat doctor ?

Salam sejahtera. Terima kasih di atas pertanyaan anda.

Migrain terbahagi kepada dua iaitu migrain dengan aura dan juga migrain tanpa aura. Migrain tanpa aura biasanya bertahan dari 3 jam sehingga 3 hari. Ia merangkumi rasa mual, muntah, penglihatan kabur dan juga rasa kebas. Migrain dengan aura pula didahului dengan perubahan sensitiviti cahaya terutamanya seperti melihat kerlipan cahaya dan penglihatan kabur. Aura bermula dalam masa beberapa minit sebelum serangan migrain.

Untuk kedua-dua jenis migrain, sakit kepala kebiasaannya terjadi pada sebelah kepala sahaja dan kadang-kadang boleh merebak ke kedua-dua belah kepala. Ia disifatkan sebagai rasa yang mencucuk dan berdenyut sehingga ke bahagian hidung dan mata. Terdapat juga peningkatan sensitiviti terhadap cahaya menyebabkan pesakit migrain tidak keluar dari rumah pada waktu siang. Migrain adalah disebabkan oleh pengembangan pembuluh darah di kepala yang berkembang lebih besar daripada biasa dan menekan otot-otot di kepala. Ia dicetuskan oleh beberapa faktor seperti pemakanan dan gaya hidup.

Penghidap migrain disarankan untuk mengelakkan memakan makanan yang mengandungi thyramine seperti keju, makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG), bau yang tidak menyenangkan, minuman yang mengandungi kafein berlebihan, stress dan tekanan, jadual tidur yang tak tetap dan menundakan waktu makan dan biar perut kosong terlalu lama. Saya sarankan anda berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.

Dr Ilias,

5 tahun

Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan anda. Migrain adalah penyakit yang biasa berlaku di kalangan masyarakat. Ia adalah penyakit yang kompleks yang disifatkan dengan sakit kepala pada sebelah bahagian sahaja. Ia seringkali juga mempunyai symptom lain yang melibatkan pemandangan, pendengaran dan deria rasa kita.

Untuk menjawab soalan anda, kita perlu memahami fasa-fasa migrain dan simptom yang berlaku pada setiap fasa tersebut. Terdapat empat fasa migrain:

  1. Prodrome: Mudah marah, mengantuk, masalah konsentrasi, penat, kekejangan otot, mual, sukar untuk tidur, sering membuang air kecil
  2. Aura: Masalah penglihatan(cahaya yang berkedip, bintik-bintik, garis melengkung yang melintas), kehilangan penglihatan sementara, rasa semut-semut di badan
  3. Serangan migrain:Sakit kepala yang teruk, loya, muntah, pening, insomnia, sensitif kepada cahaya, bau dan bunyi
  4. Postdrome: Kesukaran untuk konsetrasi, letih, kekurangan pemahaman

Tidak semua orang yang mengalami migraine akan mempunyai simptom yang serupa. Kemungkinan anda terdedah kepada pencetus migraine dengan lebih kerap, oleh itu simptom anda lebih teruk daripada kawan anda. Antara pencetus migraine ialah cara pemakanan yang kurang sihat, persekitaran yang berasap rokok, cahaya terang atau berkelipan, psikologi yang murung, cemas, marah, ubat-ubatan dan lain-lain.

Migrain ialah satu penyakit yang boleh dikawal. Anda telah berjumpa dengan doktor dan anda patut mendapat rawatan yang sewajarnya.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (31)