
Anonymous
6 tahun
Sakit ketika bersama
Saya berumur 33 Thun…saya sering merasa sakit ketika bersama suami…saya juga kerap datang haid yang Banyak Dan panjang tempohnya…sehingga 20 Hari…saya mempunyai 2orang anak…9 Thun Dan 6 Thun…kedua-duanya Czer…saya Cuba untuk anak ke 3…tapi tak pernah berhasil

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, masalah sakit ketika bersama boleh disebabkan oleh beberapa punca. Antaranya adalah:
- Faraj kering (“vaginal dryness”)
- Jangkitan kulat candidiasis
Penyakit ini biasa berlaku kepada para wanita, dan menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks. - Fibroid
Fibroid merupakan ketumbuhan yang berlaku dalam lapisan otot rahim. Hal ini biasanya berlaku dalam wanita selepas umur 30 tahun dan biasanya tidak membawa gejala.
Apabila menunjukkan gejala, fibroid boleh mengakibatkan gejala seperti pendarahan yang banyak dan senggugut. Fibroid yang tumbuh di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat yang selanjutnya adalah diperlukan seperti maklumat tentang latar belakang kesihatan anda. Pemeriksaan dan ujian yang selanjutnya juga diperlukan untuk mendapatkan pengesahan.
Kami faham bahawa masalah ini adalah amat merunsingkan. Justeru, anda disarankan untuk mendapatkan rundingan tentang masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.