
nadmimi86.mn
6 tahun
Sakit ketika haid selepas bersalin secara pembedahan
Saya wanita berumur 33 tahun. Baru lepas melahirkan anak dalam bulan december 2018 secara pembedahan. Ketika haid terasa sangat perit dan ngilu di bahagian bawah perut sebelah kanan. Semakin bulan semakin kuat kesakitan sehingga menyebabkan demam dan sakit tekak yang sangat perit. Sebelum bersalin, saya memang akan mengalami demam tiga atau empat hari sebelum haid. Tetapi selepas bersalin keadaan semakin membimbangkan. Apakah yang patut saya lakukan?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda sakit sewaktu haid dipanggil senggugut atau dysmenorrhoea merupakan perkara yang baisa terjadi kepada wanita biasanya disebabkan oleh hormon yang menyebabkan kontraksi rahim Namun bagi sakit yang terlalu teruk ia boleh disebabkan oleh:
- Endometriosis: tisu rahim tumbuh di luar rahim
- Adenomyosis: tisu rahim tumbuh di dalam otot rahim
- Radang pelvik
- Bukaan cerviks terlalu kecil
- Ketumbuhan dalam rahim seperti fibroid atau kanser
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.