Sulit
4 tahun
Sakit ktika kluar air mani
Saya ada gejala sakit pada bahgian dubur ketika kluar air mani. Ia terasa seperti kejang pada lubang dubur sya. Slalu terjdai apa sy mimpi basah.
4 tahun
alam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit pinggang selepas mengeluarkan air mani boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Prostatitis iaitu keradangan prostat
- Acute cystitis adalah keradangan pundi kencing
- Prostate hyperplasia iaitu pembesaran prostat
- Kanser pundi kencing
- Abses prostat merupakan pembentukan nanah di prostat
Memandangkan terdapat kemungkinan jangkitan dan masalah kesihatan lain yang lebih serius, anda digalakkan untuk merujuk doktor agar masalah kesihatan sebenar yang menyebabkan keluhan anda ini dapat dikenalpasti. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.