
sitihaslilyzakaria
5 tahun
Sakit macam period, sakit ketika bersama dan sotting bleeding selepas bersama
Hai doc. Saya ingin bertanyakan tentang beberapa perkara. sy sering sakit area bawah pusat ketika bersama. selepas bersama pula, sy mengalamai keluaran darah bercampur lendir. dan lepas brsama juga sy mengalami sakit mcm period, bengkak payudara… Apakah masalah yg sy alami doc? T.kasih…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Antara punca pendarahan selepas bersetubuh adalah:
- Faraj kering (“vaginal dryness”)
- Kurang pelincir ketika seks
- Jangkitan kulat candidiasis menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
- Cervical ectropion
Antara masalah ini boleh menyebabkan kesakitan ketika bersama. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.