Sulit
4 tahun
Sakit perut&belakang
saya lelaki umur 32tahun…saya mengalami sakit perut tiap hari dan sakit pedih belakang badan.membuat saya berpeluh menahan sakit.saya suda minum ubat gastrik stelah abis kesan ubat sakit tu kembali…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Penyakit ulser peptik (peptic ulcer)
- Refluks asid atau GERD
- Serangan gastrik
- Inflammatory bowel diseases seperti ulcerative colitis atau penyakit Crohn
- Irritable bowel syndrome
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor pakar gastroenterologi supaya pemeriksaan lanjut dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.






























