Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Sakit perut dan muntah

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Januari 19, 2020 8:17 AM

Sulit 4 bulan

Saya mengalami perut tidak selesa dan muntah muntah sejak semalam. Saya perasan saya cirit birit pada waktu pagi, dan rasa tidak selesa perut. Pada waktu tengahari saya mengalami muntah muntah yang agak serious sehingga waktu malam. Saya bahkan tidak boleh makan atau minum kerana ia membuatkan saya akan memuntahkan semula apa yang saya makan atau minum walaupun air putih. Saya juga mengalami sakit kepala yang teruk serta sakit sakit badan yang teruk. Adakah saya keracunan makanan?

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • Keracunan makanan
  • Jangkitan virus seperti rotavirus
  • Kesan sampingan ubat-ubatan
  • Alahan kepada makanan
  • Radang usus

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera untuk mengelakkan komplikasi dehidrasi/ akibat daripada kehilangan air dalam badan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Sun Jan 19 2020 08:17:53 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Sulit
Keracunan makanan,tanda tanda Anak perempuan saya berumur 23 tahun,ptg semalam loya,muntah dan cirit berit,mlm ni demam,krnapa demam. Ada kaitan dhn apendik ker Baca lagi...
9 bulan
Maimunah
Sakit perut sebelah kiri akibat keracunan makanan atau gastrik? Hai doktor, saya kena keracunan makanan semalam. Pada waktu malam,saya terpaksa makan lambat sbb ada discussion assignment. Start semalam, perut sebelah kiri saya sakit . Adakah berpunca daripada kera… Baca lagi...
18 bulan
Anonymous
Sakit perut cirit birit Saya tak tahu kenapa saya tiba-tiba sahaja sakit perut dan kerap ke tandas. Baca lagi...
16 bulan
Guilun
Perut kejang selepas balik lawatan sekolah Saya baru balik lawatan sekolah smlm, perut saya kejang tapi saya tak muntah atau cirit. dia on off dan keterlaluan sampai saya harus baring untuk reda sakit. apakah masalah saya doc? Baca lagi...
18 bulan
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi