
Sulit
5 tahun
Sakit perut sebelah kiri dan kanan
selamat petang Dr. saya wanita berusia 24thun. saya mengalami sakit perut sebelah kanan bahagian tulang rusuk. ia bermula ketika selepas saya siap makan dan berterusan sakit sehingga 2 mggu. sakit yg teramat sakit. sakit ini dtg tdk menentu masa. sulit utk saya tidur. bila baring sgt sakit,punsing ke kiri atau kanan sangat sakit. apa lg bila baring. ketawa,menangis ,tarik nafas panjang juga sakit. selang 2 minggu,sakitan ini berpindah ke sebelah kiri perut. tmpt yg sama iaitu bahagian tulang rusuk. dan sekarang bila saya sedang makan,sakitan itu mencul dan sangat sakit. apa perlu saya buat Dr? saya ada ambil ubat penahan sakit tp sakit itu tetap ada selepas beberapa jam.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit seperti yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- appendicitis - yaitu akibat keradangan appendiks
- penyakit keradangan panggul
- gastritis
- keradangan saluran kencing akibat kencing kotor atau akibat batu karang
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih