
Sulit
4 tahun
Sakit perut/sesak nafas sikit dan kebas tangan/ kaki
Saya llaki berumur 23thn.sye mengalami skit perut slama 2 minggu. Sbelum ini sye merasa skit prut saja. Dan 2 hari lepas sye merasa sikit sesak nafas dn rasa kebas di tangan&kaki.tekan darah saya 100/60 adakah punca dari tekan darah saya rendah atau sebagainya. Terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera & terima kasih kerana menghubungi kami,
Gangguan sesak napas yang sering dikaitkan dengan sakit perut atau perut kembung biasanya berpunca dari tabiat pemakanan, seperti:
- Makan terlalu banyak atau terlalu cepat
- Serat (fibre) yang terlalu banyak atau tidak cukup
- Kekurangan bakteria yang baik dalam sistem pencernaan
- Konsumsi sayur-sayuran Cruciferous yang berlebihan (i.e. brokoli, kubis, bak choi dan kale)
- Gas yang tidak atau lambat keluar dari sistem pencernaan (sendawa dan buang angin (kentut) adalah dua cara udara di dalam badan keluar. Lewat atau sering bertangguh ke tandas boleh menyebabkan lebih banyak gas di dalam usus)
Atau kondisi seperti:
- Intoleransi makanan
- Tekanan / stress
Penyakit yang boleh menyebabkan gejala-gejala yang lain pula termasuk:
Irritable bowel syndrome(IBS)
Penyakit radang usus.
Pedih ulu hati
Intoleransi makanan
Asid refluks (GERD)
Hormon sepeti tiroid atau wanita sebelum menstruasi
Jangkitan parasit usus (Giardiasis)
Gangguan tabiat makan seperti anoreksia nervosa atau bulimia nervosa
Faktor kesihatan mental seperti tekanan, kebimbangan, kemurungan, dan banyak lagi
Sesetengah ubat-ubatan
Sesak nafas anda boleh berpunca dari kembung perut kerana tekanan abdomen yang menekan pergerakkan paru-paru. Sekiranya gejala berlarutan atau bertambah, sila berjumpa dokter segera.
Kebas tangan/kaki anda pula boleh dikaitkan dengan:
- kekurangan gula atau air dalam tubuh
- kekurangan rehat atau tanda-tanda gangguan tidur
mahupun
- tanda-tanda awal kencing manis
- komplikasi obesiti atau kadar kolesterol yang tidak terkawal
- gangguan saraf
- gangguan vaskular
Untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).