
Sulit
4 tahun
Sakit pinggang kanan lebih 12 jam
Saya berumur 24 tahun, dan mengalami sakit pinggang dibahagian kanan. Sakit terjadi secara tiba-tiba dan bertambah sakit sewaktu saya melakukn aktiviti seperti duduk, tunduk. Tambahan, kaki belah kanan turut terasa lenguh-lenguh.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Masalah tulang belakang yang menganggu saraf
Lumbago (masalah otot belakang).
Sakit pinggang disebabkan masalah organ di kawasan tersebut
- Masalah hempedu seperti infeksi, ataupun obstruksi ke asid hempedu.
- Masalah buah pinggang seperti infeksi, batu karang, autoimun, barah buah pinggang dan sebagainya
- Masalah buah pinggang seperti infeksi, batu karang, autoimun, barah buah pinggang dan sebagainya
- Masalah dengan rahim dan juga ovari.
Trauma ke bahagian belakang yang boleh mencederakan mana - mana organ, tulang ataupun otot di situ.
Masalah saraf* seperti sciatica ataupun saraf cengkeraman.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.