
Sulit
4 tahun
Sakit pinggang seperti senggugut tapi tidak haid
Saya wanita umur 26 tahun. Sudah 2-3 bulan alami sakit pinggang, perut atau bawah seperti senggugut tapi tidak ada haid. Benda ni terjadi hanya selepas 1-2 minggu selepas saya habis tempoh haid. Kalini sakit di pinggang makin teruk seperti senggugut yg kuat. Haid saya selalu lewat 2-3 hari dari hari yg sepatutnya, kadang 3-4 hari. Kenapa sakit ni boleh terjadi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kebimbangan anda mengenai haid yang datang lewat daripada sepatutnya. Jangan risau kerana kami akan membantu anda.
Haid yang lewat pula boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktor lazim yang dikaitkan dengan haid lewat adalah:
- Ketidakstabilan hormon
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Kehamilan
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
- Penggunaan ubat-ubatan
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
Sebagai maklumat tambahan, kitaran haid seorang wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari dan tempoh aliran atau pendarahan pula di antara 2 hingga ke 7 hari. Anda juga digalakkan untuk merekod kitaran haid anda supaya ia boleh menjadi rujukan anda dan doktor pada masa hadapan.
Untuk pengetahuan anda, gejala senggugut boleh berlaku di kalangan wanita yang masih subur. Senggugut boleh berlaku disebabkan peningkatan prostaglandin dalam tubuh badan wanita yang sering berlaku di sekitar tempoh kitaran haid.
Namun gejala senggugut yang dialami juga boleh berlaku akibat perkara yang serius seperti:
- Endometriosis
- Cyst ovari
- Ketumbuhan rahim
- Penyakit radang pelvis
- IUCD atau alat pencegah kehamilan dalam rahim
- Adenomyosis
Kami sarankan anda untuk hubungi doktor kami di atas talian untuk mendapatkan konsultasi dan kami akan membantu anda dengan lebih lanjut.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.