
Anonymous
2 tahun
Sakit sebelah kanan atas ari-ari
Saya wanita sudah berkhwin tetapi belum mempunyi cahaya Mata, berumur 23tahun. Kitaran haid saya terkadang noraml 3hari kadag lewt sebulan tetapi jarang-jarang berlaku lewt sebulan…
Saya Sudh lewt semingu lebih tidak datang haid… saya akhir-akhir ini merasa sakit atas ari-ari sebelh Kenan, jika disentuh dengan kuat tersa sakit Dan Rasa macam berdenyut-denyut sakit Tu.
Apakah punca sakit tersebut ?
Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Sakit ari-ari disebalah kanan boleh berpunca daripada beberapa faktor seperti:
- Sistem saluran kencing - seperti jangkitan saluran air kencing, batu karang, jangkitan buah pinggang
- Sistem pencernaan - seperti radang apendiks, sembelit,
- Sistem reproduktif bagi wanita - kehamilan luar rahim, fibroid, endometriosis, ovari bernanah
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.