
Sulit
5 tahun
Sakit sengal-sengal pada dada sebelah kiri
Saya wanita umur 24 ,dh seminggu lebih rasa sakit dada kiri , dan kadang2 rasa lenguh pd lengan kiri , kalau angkat benda berat rasa lemah , kenapa ya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala sakit dada dan juga lenguh pada lengan kiri yang dihadapi. Namun, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Secara umumnya, masalah sakit dada ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
Penyakit berkaitan paru-paru sepertiasma, jangkitan paru-paru
Gangguan emosi
Sakit dada juga boleh disebabkan masalah serangan jantung. Namun oleh kerana faktor umur anda, diagnosis mungkin sangat jarang. Biasanya masalah sakit dada ini disertai dengan gejala seperti:
- Sakit atau rasa sempit di dada yang mungkin merebak ke leher, rahang dan bahagian belakang dada
- Mual, sakit ulu hati, ketidakhadaman dan sakit perut
- Sesak nafas
- Berpeluh
- Letih
- Pening kepala
Berikut hanyalah jawapan umum bagi soalan yang diajukan. Sila rujuk kepada doktor dengan segera sekiranya anda mengalami gejala-gejala di atas. Bagi mengetahui punca sakit dada anda, sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.