
Sulit
5 tahun
Sakit tekak, batuk, sakit dada perlu buat ujian saringan covid atau tidak. sy risau
hi doctor, sy ingin bertanya adakah perlu sy buat ujian saringan covid sb sy dah sakit tekak selama 10 hari skt mcm perit+ gatal tekak. pd hari yg ke 6 skt tekak sy prgi jumpa dgn doctor sbb dah start nak batuk. tp doctor ckp xperlu buat test covid sbb xde contact dgn pesakit/xtravel/demam xpanas sgt. demam ms cek 37.5 dan sebelum n slpas cek xde demam cuma ada rs mcm nk demam time ptg. harini hari ke 10 batuk makin kuat ada kahak kacau kt tekak dan sakit dada di sebelah kiri termasuk perut terasa mcm nak skt. perlu x sy pergi buat ujian saringan. doctor bg ubat batuk, spray tekak dan ubat kumur. xde antibiotik sbb dia ckp xteruk tp sy risau.

5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Bagi masalah batuk berterusan, selain COVID, ia boleh disebabkan masalah kesihatan lain. Antaranya:
- jangkitan virus influenza
- radang tonsil
- jangkitan pharynx
- dehidrasi
- COPD
- Anemia
Keperluan ujian adalah berdasarkan risiko anda. Untuk mengetahui risiko anda, Anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.**
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini