
Sulit
4 tahun
Sakit tekak dan sedikit rasa penat bernafas
Saya ingin bertanya, perlukah saya jalani swab test, jika saya ada close contact bersama dengan seorang positif Covid-19. Saya ada menaiki kereta bersama dengan dia, dan duduk sebelah dalam jarak kurang 1 meter dalam tempoh beberapa jam. Dia mula bergejala pada hari isnin, saya berjumpa dengan dia pada hari selasa dan dia positif pada hari sabtu.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kerisauan anda terkait wabak yang kita alami sekarang, lebih-lebih lagi berkenaan potensi kontak rapat dan gejala positif COVID-19. Namun diharapkan anda agar tetap tenang dan kekal positif, namun tetap cuba fahami info yang diberikan dibawah sebagai langkah berjaga-jaga.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Berdasarkan garis panduan Garis Panduan Covid-19 KKM. Kontak rapat di definisikan sebagai:
- Individu yang berhubung secara langsung dengan kes positif COVID-19 dalam masa 14 hari kebelakangan, sama ada:
- bersemuka dengan pesakit COVID-19 pada jarak kurang dari 1 meter
- atau bersentuhan (kontak fizikal) dengan kes COVID-19
- Individu yang tinggal serumah dengan kes disahkan COVID-19
- Individu yang duduk dekat (kurang 1 meter) dengan kes COVID-19 dalam satu premis seperti pejabat, kelas, rumah ibadat, kedai dan lain-lain
- Anggota kesihatan yang memberi perawatan kepada kes disahkan COVID-19 tanpa memakai alat perlindungan diri (PPE) yang lengkap
Oleh itu, anda perlu melakukan ujian swab COVID-19 disebabkan anda telah berjumpa dan merupakan kontak rapat bersama pesakit tersebut.
Justeru kami menyarankan anda untuk mengemukakan info dan cerita yang sama kepada klinik kesihatan atau hospital yang terdekat bagi mengetahui kondisi anda yang sebenar sebagai langkah berjaga-jaga.
Untuk makluman anda juga, WHO menyenaraikan simptom biasa untuk jangkitan COVID-19 seperti berikut:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celcius)
- Keletihan
- Batuk
- Sakit-sakit badan
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Sesak nafas
Walau bagaimanapun simptom-simptom tersebut secara umumnya boleh berlaku setelah 14 hari dari terpapar dengan jangkitan COVID-19. Selain itu, terdapat juga apa yang dinamakan kes tidak bergejala, dimana seseorang individu yang boleh menyebarkan virus, tidak mempunyai gejala sama sekali dan tidak diketahui oleh mana-mana pihak, sehingga di lakukan saringan.
Kami juga menggalakkan anda untuk menjawab kuiz ini di Penilaian Risiko untuk COVID-19 untuk menilai status kesihatan semasa anda berkaitan dengan penyakit ini. Setelah menyelesaikan kuiz ini, anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori. Arahan selanjutnya akan diberikan pada akhir kuiz.
Anda juga boleh klik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, anda digalakkan agar terus melakukan kebersihan tangan dengan kerap, pakai topeng muka jika keluar rumah & patuhi SOP PKP & pandemik sesuai garis panduan KKM.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami di atas talian. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini