
Sulit
5 tahun
Sakit Tekak di Bahagian Larynx
Salam.
Saya seorang guru & belum berkahwin. Saya mengalami sakit tekak yang amat sangat & perkara ini telah berlarutan selama 3 minggu.
Pada 2 minggu yang pertama, saya mengalami demam (on off), batuk & selsema yang agak teruk. Tekak saya sudah mula sakit sehinggakan saya tidak mampu bersuara. Saya kehilangan suara yang menyukarkan saya untuk mengajar.
Tetapi saya sekadar membeli ubat di farmasi. Masuk minggu yang ke-3, saya sudah tidak selsema & tidak demam, tetapi saya akan batuk setiap kali saya cuba bercakap. Suara saya sudah kembali tetapi saya merasa sakit tekak setiap kali bercakap, batuk, menelan (makanan, minuman & air liur) bahkan sakit ketika bernafas juga. Saya cepat merasa mengah & letih apabila melakukan & berkata sesuatu walaupun cuma ayat yang mempunyai 5 patah perkataan.
Saya tetap minum air kosong walaupun sakit bagi mengelakkan tubuh saya terhidrasi.
Saya segan untuk ke klinik memandangkan setiap kali saya pergi, MA di klinik seolah-olah mengatakan itu hal biasa.
Tetapi sudah hampir sebulan saya tidak boleh mengajar & sukar berkomunikasi dengan para pelajar saya.
Harap pihak doctor on call dapat menjelaskan apa yang terjadi & cadangan untuk mengatasi masalah saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, batuk berpanjangan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan sistem pernafasan atas akibat (Viral URTI)
- Tuberculosis (TB)
- Jangkitan paru-paru (Pneumonia)
- Kanser paru-paru
- Asma kronik
Untuk makluman anda, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana dikhuatiri anda akan mengalami komplikasi darah kurang (anemia). Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.