Sulit
5 tahun
Sakit tekak seminggu
Saya mengalami sakit tekak & batuk lebih seminggu… tapi tidak teruk… batuk & sakit tekak kurang 10 kali dlm sehari… terasa lebih sakit pd waktu malam…tidak demam tapi rasa mcm panas dlm…tidak selsema tapi hidung berair sedikit…terasa sedikit sukar bernafas tapi masih boleh dikawal…dada juga terasa sedikit sakit & panas dibahagian depan belakang…saya tiada sebarang contact atau sejarah apa2 berkenaan c19…tapi saya merasa sgt waswas…apa yg perlu saya buat?? Adakah ini simptom c19 atau sekadar sakit biasa? Bolehkan saya hanya duduk dirumah diam2 makan panadol & ubat batuk biasa? Sbb saya tak terasa lansung nak keluar ke klinik utk checkup… sangat2 dilemma…
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, selain daripada jangkitan COVID-19, masalah sakit tekak boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Tonsilitis
- Pharyngitis
- Allergic rhinits
- Masalah pada kelenjar tiroid
Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Anda perlu khuatir jika anda baru pulang dari negara yang terjejas teruk dengan wabak COVID-19 atau anda mempunyai kontak rapat dengan mereka yang sah dijangkiti COVID-19. Oleh itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.



























