Sulit
3 tahun
Sakit tekak yang pedih, perut dan pinggang terasa mengeras, sakit sendi serta kerap pening kepala dan mual
Hi, sy berumur 30an dan mengalalami masalah seperti tekak yang terasa pedih lebih2 lagi selepas bangun tidur, perut dan pinggang terasa seakan akan mengeras dan mengalami kesukaran membuang air besar.
Saya juga kerap sendawa dan kadang kala terasa sukar untuk bernafas seakan-akan ada sesuatu tekanan di bawah antara kedua-dua rusuk.Apabila baring mengiring seolah ada sesuatu tekanan pada tulang rusuk.
Sendi juga kerap terasa lenguh dan saya cepat menjadi letih. Untuk pengetahuan doktor, saya kerap mengambil minuman ‘caffeine’.
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit ketika meneran untuk membuang air besar.
Berdasarkan keterangan anda, anda kemungkinan menghidapi sembelit. Sembelit ialah apabila kekerapan untuk membuang air besar berkurangan dan kesukaran untuk membuang najis. Sembelit merupakan satu gejala, bukannya satu penyakit.
Sebab-sebab biasa berlakunya sembelit ialah:
- Kurang serat dalam diet.
- Kurang aktiviti fizikal (terutamanya di kalangan warga tua).
- Pengubatan.
- Susu.
- Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (Irritable bowel syndrome).
- Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung, penuaan dan pengembaraan.
- Penyalahgunaan julap.
- Menahan untuk membuang air besar.
- Kekurangan air.
- Penyakit atau keadaan tertentu seperti strok.
- Masalah dengan kolon dan rektum.
- Masalah dengan fungsi usus (sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab.
Selain itu, anda juga mempunyai sakit kepala. Sakit kepala boleh disebabkan banyak sebab dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor.
Kebiasan pesakit yang mengalami sakit kepalatergolong dalam sakit kepala primer iaitu melibatkan sakit kepala migrain, sakit kepala jenis berkelompok dan sakit kepala sakit kepala ketegangan.
Majoriti daripada sakit kepala boleh datang dari kumpulan sakit kepala jenis primer.
- migrain
- sakit kepala berkelompok
- sakit kepala tension
Jika bukan daripada sakit kepala jenis primer, maka sakit kepala itu akan disebabkan daripada sakit kepala jenis sekunder. Sakit kepala jenis sekunder boleh disebabkan masalah yang menyebabkan tekanan di dalam ruang tengkorak meningkat daripada paras yang normal. Selain itu, sakit kepala sekunder juga boleh disebabkan masalah yang berlaku di luar tengkorak seperti
- glaukoma
- sinusitis
- jangkitan sistem pendengaran atau otitis media
- darah tinggi
- rabun mata
- trauma
- kanser otak
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.