Anonymous
4 tahun
Sakit telinga sebab telinga masuk air
Saya wanita dalam 20’an and saya sakit telinga start 5 hari yg lalu…saya dh try letak ear drop sehari sekali utk 4 hari and panadol sebab demam tapi berkesan utk beberapa jam saja…then telinga saya berdenyut balik…
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, mungkin terdapat jangkitan di bahagian telinga yang menyebabkan demam dan ianya memerlukan rawatan segera di klinik ENT. Telinga adalah salah satu organ pada kepala dan setiap struktur pada kepala adalah saling berkaitan. Oleh itu, sekiranya berlaku masalah pada sesuatu struktur tidak kira telinga, mata, hidung atau mulut akan menyebabkan struktur lainnya juga turut terjejas. Jadi, sakit kepala adalah salah satu simtom yang sering terjadi apabila berlaku masalah pada struktur-struktur tersebut. Terdapat beberapa sebab sakit telinga.
Masalah pada struktur telinga iaitu:
- Tahi telinga menyumbat lubang telinga
- Jangkitan pada lubang telinga
- Bendasing menyumbat saluran telinga
- Jangkitan pada struktur dalaman telinga
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang hadapi oleh anak anda dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.