Sulit
4 tahun
Sakit Telur Kemaluan sebelah kanan
Salam doktor. Saya ada soalan. Telur kemaluan sebelah kanan saya terasa sakit setiap malam, saja juga merupakan Bekas pesakit Syfilis tetapi sudah nagetive, saya juga merasa sakit-sakit otot pada bahagian tanggan, bahu, dan belakang lutut, salera makan juga seperti biasa, apa kah penyakit itu
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Umumnya gejala yang dialami boleh disebabkan oleh:
- Perubahan sementara organ kelamin (jika tidak sakit)
- Inflamasi testikel
- Jangkitan kuman
- Varikosele
- Hydrocoele
- Tanda-tanda angin pasang
- atau gangguan testikel yang lain
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda (termasuk gangguan otot), atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Urologist kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.

































