
Sulit
5 tahun
Sakit tengkuk dan darah tinggi
sy ada menpunyai penyakit darah tinggi dan telah mkn ubat lebih 3 thun di Klinik Kesihatan. baru2 ni sy telah dinaikn dos darah tinggi dr 1 biji ke 1 1/2 biji penedroplin kerana kerap mengalami tekanan darah tinggi 168/93. apa yg ingin sy tahu, sy sering sakit tengkuk hingga kadang2 tidak boleh bergerak krn sakit.bila pergi ke klinik bacaan bp mesti naik seperti di atas dan kalanya mencecah ke 190/101. sy perasan jika sy menghadapi tekanan kerja, tengkuk sy akn sakit dan membengkak dan apabila diambil tekanan bp, bacaan bp pasti akan naik. sy seorg wanita berusia 43 tahun. harap Doc boleh membantu apa yg harus sy lakukan selepas ni.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami ini boleh disebabkan:
- Tekanan darah tinggi di kepala yang menyebabkan iritasi meninges (selaput otak) dan menyebabkan sakit tengkuk
- Penyakit aneurisma karotid - iaitu saluran darah karotid (tengkuk) membengkak akibat tekanan darah tinggi dan berpotensi untuk pecah
- Migrain - faktor pencetus seperti stres
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan segera bagi mengelakkan diagnosis yang lebih serius. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.